WARGA EMAS: REALITI KEHIDUPAN
MODUL 1:
WARGA EMAS:
REALITI KEHIDUPAN
MODUL 1
WARGA EMAS: REALITI KEHIDUPAN
DESKRIPSI MODUL
Modul ini menyediakan pengenalan mengenai kes penderaan dan pengabaian merangkumi definisi, prevalens, jenis-jenis penderaan dan pengabaian warga emas dan faktor-faktor risiko dimana penderaan dan pengabaian warga emas boleh berlaku. Peserta akan di beri latihan dan tunjuk ajar sepanjang modul ini dijalankan. Selain itu, topik ini juga menyediakan bahan –bahan pembelajaran hasil dari dari kajian-kajian terdahulu. Masa yang dicadangkan bagi modul ini adalah selama 45 minit termasuk sesi soal jawab.
OBJEKTIF MODUL
Di akhir sesi modul ini, peserta akan dapat:
1.
Mengenalpasti kes penderaan dan pengabaian warga emas.
2.
Merancang pelan perawatan yang sesuai mengikut jenis-jenis penderaan dan pengabaian.
3.
Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dalam mengenalpasti kes penderaan dan pengabaian warga emas.
TOPIK MODUL
Topik-topik yang terkandung didalam modul ini ialah:-
1.
Definisi penderaan dan pengabaian warga emas.
2.
Prevalens kes penderaan dan pengabaian warga emas di Malaysia.
3.
Jenis – jenis penderaan dan pengabaian warga emas.
4.
Faktor-faktor risiko penderaan dan pengabaian warga emas.
5.
Tanda – tanda penderaan dan pengabaian warga emas.
DEFINISI PENDERAAN & PENGABAIAN WARGA EMAS
Penderaan dan pengabaian warga emas boleh ditakrifkan sebagai perlakuan tidak wajar atau lain-lain perbuatan buruk oleh individu yang diberi kepercayaan oleh warga emas samada dalam bentuk fizikal, seksual, psikologikal/ emosi dan kewangan dan pengabaian. Penderaan boleh berlaku sama ada sekali atau berulang kali (World Health Organization, 2002).
Penderaan warga emas adalah sesuatu perlakuan yang tidak wajar dan pengabaian yang boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan dan kebajikan keatas warga emas tersebut.
PREVALENS KES PENDERAAN DAN PENGABAIAN
WARGA EMAS DI MALAYSIA
Penderaan warga emas dan pengabaian adalah salah satu kes yang dilaporkan di akhbar dan menjadi topik perbualan di seluruh negara. Namun di Malaysia, tidak terdapat data yang lengkap mengenai kejadian penderaan atau pengabaian warga emas kerana kurang atau tiada pelaporan dilakukan.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh World Health Organization, pengabaian dan penderaan emosi kerap berlaku diikuti oleh penyelewengan ekonomi, penderaan fizikal dan seksual.
Selain itu, seramai seorang dari tiga warga emas di Malaysia adalah ditinggalkan dan tidak menerima bantuan kewangan dari anak mereka (Lembaga Penduduk dan Pembanguan Keluarga Negara (LPPKN, 2011).
JENIS-JENIS PENDERAAN & PENGABAIAN WARGA EMAS
Terdapat LIMA jenis penderaan warga emas:
PENDERAAN FIZIKAL
Penderaan fizikal ditakrifkan sebagai serangan fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan anggota badan, kesakitan, atau kecacatan fizikal. Penderaan fizikal boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada perbuatan keganasan sebagai menghentak (dengan atau tanpa objek), memukul, menolak, menampar, menendang, mencubit, dan membakar. Di samping itu, penggunaan ubat yang tidak wajar, sekatan fizikal, menyuap makanan secara paksaan, dan hukuman fizikal dalam apa jua bentuk juga adalah contoh penderaan fizikal.
PENDERAAN SEKSUAL
Penderaan seksual ditakrifkan sebagai hubungan seks tanpa rela dalam apa jua bentuk dengan warga emas atau hubungan seks dengan warga emas yang tidak berupaya untuk memberikan persetujuan. Ia termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sentuhan yang tidak diingini, semua jenis serangan seksual seperti rogol, liwat, bogel dipaksa atau dipaksa mengambil gambar lucah