Lesson 1, Topic 1
In Progress
Undang-undang di Malaysia
1. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)
- Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574)
- sekiranya penderaan dilakukan oleh ahli keluarga seperti anak ataupun pasangan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil kepada pelaku.
- Akta ini turut memberi peruntukan perintah perlindungan terhadap warga emas daripada penderaan fizikal yang berterusan selain membenarkan kaunseling dan pampasan diberikan kepada mangsa.
- Di dalam akta ini tidak dinyatakan secara jelas istilah warga emas.
- Peruntukan di dalam akta ini lebih tertumpu kepada warga emas yang berkeluarga dan tidak merangkumi warga emas yang tiada anak ataupun warga emas yang sihat.
- Akta ini juga turut mempunyai kekurangan terhadap eksploitasi kewangan dan isu berkaitan penderaan emosi.
2. Akta Kanun Keseksaan (Akta 574)
- Undang undang ini melindungi sesiapa sahaja termasuk warga emas daripada jenayah terhadap diri, keluarga dan agama.
- Penderaan terhadap warga emas boleh didakwa di bawah seksyen 323 dan 325 Kanun Keseksaan bergantung kepada tahap kecederaan yang berlaku.
- Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman kerana dengan sengaja menyebabkan cedera manakala Seksyen 325 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.
- Peruntukan terhadap penderaan emosi juga digunakan di dalam kanun ini sekiranya pelaku membuat ugutan jenayah yang menyebabkan rasa takut di kalangan warga emas.
- Tiada istilah khusus di dalam akta ini berkaitan warga emas memandangkan peruntukan adalah secara umum terhadap perlindungan daripada penderaan oleh sesiapa sahaja.
- Warga emas juga tidak dapat dilindungi dari sudut pengabaian menerusi kanun ini memandangkan tiada peruntukan khas berkaitan pengabaian di dalamnya.
3. Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)
- Peruntukan ini memberi perlindungan terhadap warga emas yang diabaikan oleh ahli keluarga, gelandangan, tiada tempat tinggal atau mengemis untuk menjalani proses penjagaan dan pemulihan di institusi seperti Rumah Seri Kenangan.
- Akta ini dilihat cenderung kepada warga emas papa berbanding mangsa penderaan dan pengabaian.
4. Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)
- Undang undang ini memberi perlindungan kepada warga emas di pusat penjagaan kediaman dan pusat jagaan harian yang memerlukan kelulusan dan pihak-pihak berkaitan sebelum dibenarkan beroperasi.
- Antara peruntukan termasuklah standard kesihatan, kebersihan, ruang, makanan dan air bersih serta pertolongan cemas.Â
- Akta ini terhad kepada penghuni di pusat jagaan sahaja dan tidak meluas kepada semua warga emas.