Lesson 1, Topic 1
In Progress
Prevalens penyakit Demensia
Menurut WHO dianggarkan seramai 55 juta orang hidup dengan demensia pada tahun 2023 dengan lebih daripada 60% dari negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Di peringkat global, demensia merupakan punca ketujuh kematian dan salah satu punca utama hilang upaya dan pergantungan dalam kalangan warga emas.
Di Malaysia, berdasarkan NHMS 2018 pula, prevalens warga emas yang berkemungkinan menghidap demensia ialah 8.5% dengan warga emas yang tinggal di bandar bandar menunjukkan prevalens demensia yang jauh lebih rendah pada 6.8% berbanding di kawasan luar bandar pada 12.9%.