Lesson 1, Topic 1
In Progress

Prevalens dan faktor risiko penderaan dan pengabaian warga emas di kalangan penghidap demensia di dalam komuniti.

Kajian sistematik melibatkan enam kajian melaporkan keseluruhan prevalens dalam masa setahun terhadap penghidap demensia bagi penderaan fizikal adalah 11% dan penderaan psikologi sebanyak 19% (McCausland et al. 2016).

Demensia adalah lebih kerap di dalam kalangan kes disyaki penderaan warga emas berbanding dengan kumpulan kawalan (Friedman et al. 2011).

Mereka yang positif saringan untuk penderaan lebih berkemungkinan mengalami gangguan kognitif, tertekan dan mengalami khayalan (Cooper et al. 2006).

Dalam kajian sistematik kajian lain yang melibatkan pesakit dan bukan pesakit demensia, penderaan warga emas telah dikaitkan dengan gangguan yang lebih teruk dalam fungsi kognitif, fungsi fizikal serta gejala tingkah laku dan psikologi.

Penderaan juga berlaku di kalangan warga emas yang mempunyai faktor perlindungan sosial yang lemah. Ini termasuklah kurangnya sokongan sosial, taraf sosioekonomi yang rendah dan daripada kumpulan etnik minoriti (Dong 2015).

Penderaan adalah berisiko tinggi di kalangan penghidap dementia jika penjaga tertekan dan mempunyai tingkah laku resah, bebanan yang tinggi dan mekanisme daya tindak yang lemah.

Penderaan juga dijangkakan berlaku sekiranya penjaga menghabiskan lebih banyak masa menjaga atau mengalami lebih banyak tingkah laku kasar daripada warga emas yang menghidap demensia.