Tidak semua perbezaan antara warga emas dan orang muda berpunca daripada usia semata-mata.
Persekitaran, sistem sokongan, dan faktor kohort juga memainkan peranan.
Perubahan akibat usia boleh memberi kesan positif (seperti kebijaksanaan), neutral (contohnya rambut beruban), atau negatif (masa tindak balas lebih perlahan).
Terdapat banyak perbezaan antara warga emas dan orang muda. Namun perbezaan ini bukanlah disebabkan peningkatan usia semata-mata.
Perubahan bukan disebabkan penuaan:
Kelangsungan hidup terpilih: Faktor genetik, psikologi, gaya hidup dan persekitaran akan mempengaruhi corak kelangsungan hidup terutamanya pada orang yang lebih tua.
Cabaran berbeza: Sistem dan perkhidmatan kesihatan, kewangan, dan pengangkutan sering direka dan diurus supaya mudah diakses oleh golongan muda.
Kesan kohort: Masyarakat berubah. Pada abad kedua puluh, perubahan telah berlaku dengan pantas dalam kebanyakan bidang. Warga muda dan warga emas telah terdedah kepada persekitaran fizikal, sosial dan budaya yang sangat berbeza.
Perubahan akibat penuaan:
Penuaan primer: Biasanya disebabkan oleh interaksi antara faktor genetik (intrinsik) dan persekitaran (ekstrinsik). Contohnya termasuk kanser paru-paru pada individu yang merokok dan hipertensi pada individu yang terdedah dengan pengambilan garam yang tinggi.
Penuaan sekunder: Penyesuaian kepada perubahan penuaan primer. Ini biasanya tingkah laku, seperti tidak lagi mampu memandu apabila masa tindak balas meningkat.
Kesan penuaan boleh dilihat sebagai:
Bermanfaat: pengalaman yang luas
Neutral: rambut beruban
Keburukan: mengurangkan masa tindak balas
Walaubagaimanapun, sebahagian besar perubahan adalah memudaratkan, terutamanya dalam menghadapi perubahan patologi dan keadaan persekitaran.
Kehilangan kemampuan mengadaptasi ini berpunca daripada mekanisme homeostatik yang kurang pantas dan kurang cekap berbanding semasa muda.