Lesson 1, Topic 1 In Progress Panduan Berkomunikasi Dengan Warga Emas Kurangkan bunyi bising, muka berada sejajar dan gunakan bahasa mudah. Tanya soalan terbuka, dengar dengan ikhlas, elakkan stereotaip atau merendahkan warga emas. Gunakan alat bantu visual, kawal bahasa tubuh & tunjuk empati. Seimbangkan autonomi pesakit dengan penglibatan dalam keputusan. Dengan Pesakit Demensia Perkenalkan diri, guna penjelasan pendek, nada hormat dan tenang. Gunakan isyarat visual, elakkan menyampuk, bercakap dengan jelas dan perlahan. Fahami komunikasi bukan lisan. Panduan bagi meningkatkan komunikasi dengan warga emas adalah dengan cara Kurangkan bunyi bising di sekeliling. Kenal pasti kecenderungan stereotaip sebelum melakukan penilaian. Muka menghadap warga emas pada paras yang sama. Tanya soalan terbuka dan dengar dengan ikhlas. Elakkan pertuturan yang mungkin dilihat sebagai merendahkan warga emas. Menyusun struktur ayat semasa menyampaikan maklumat penting. Mengawal tingkah laku bukan lisan. Gunakan alat bantu visual seperti gambar dan rajah untuk membantu menjelaskan dan mengukuhkan kefahaman perkara penting. Nyatakan empati untuk membantu pesakit menguruskan ketakutan dan ketidakpastian. Mencapai keseimbangan yang sesuai antara menghormati autonomi pesakit dan menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam membuat keputusan. Memberi maklumat kepada pesakit adalah penting, tetapi cara penyampaian mungkin lebih penting. Gunakan terma yang ringkas dalam bahasa yang boleh difahami. Sahkan kefahaman pendengar semasa perbualan. Panduan Komunikasi dengan Penghidap Demensia Mulakan dengan memperkenalkan diri dan terangkan tujuan. Bercakap dengan nada suara yang menunjukkan rasa hormat dan maruah. Gunakan penjelasan yang pendek. Lihat pada wajah dan pastikan mendapat perhatian sebelum mula bercakap. Gunakan isyarat visual jika boleh. Realistik dalam menyampaikan perancangan. Perhatikan dan cuba tafsirkan komunikasi bukan lisan. Gunakan nada suara yang tenang dan meyakinkan. Bercakap perlahan-lahan dan sebut setiap perkataan dengan jelas. Elakkan menyampuk melainkan perlu. Bacaan Lanjut