Lesson 1, Topic 1
In Progress

Penilaian sistem sokongan

  • Komposisi struktur sokongan sosial warga emas boleh dinilai dengan bertanya beberapa soalan tentang hubungan sesama keluarga, waris, rakan, jiran, dan penjaga seterusnya menentukan kualiti perhubungan sosial tersebut.
  • Bagi warga emas yang sangat lemah, menjadi mangsa penderaan ataupun pengabaian, ketersediaan bantuan daripada keluarga dan waris sering menjadi faktor penentu sama ada warga emas patut kekal di rumah atau di institusi bersesuaian.
  • Pengenalpastian awal masalah sistem sokongan sosial dapat membantu untuk merancang penyediaan sumber-sumber kesihatan dan bantuan sekiranya perlu.
  • Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh profesional kesihatan adalah mengenal pasti dan membantu warga emas yang didera atau diabaikan sedangkan mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah mangsa penganiayaan.