Lesson 1, Topic 1
In Progress

Pengenalan

Penderaan dan pengabaian warga emas merupakan isu yang masih kurang mendapat liputan berbanding penderaan kanak-kanak atau wanita di Malaysia.

Walaupun banyak usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan warga emas, namun tindakan menangani penderaan dan pengabaian warga emas masih lagi di peringkat awal.

Warga emas secara tradisinya bergantung kepada anak-anak mereka untuk penjagaan dan sokongan kewangan.

Perubahan sosioekonomi, pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan penghijrahan penduduk muda ke kawasan bandar telah mengubah struktur dan nilai kekeluargaan tradisional ini.

Akibatnya, banyak warga emas kini tidak lagi menerima penjagaan dan sokongan yang mencukupi daripada keluarga mereka.

Kekurangan sokongan kewangan dan pergantungan kepada anak-anak yang bekerja menjadikan mereka lebih terdedah kepada penderaan dan pengabaian, terutamanya di kawasan luar bandar.