Lesson 1, Topic 1
In Progress
Merawat penyakit pada warga emas
Matlamat rawatan perlulah realisitik dan dipersetujui oleh pesakit.
Apabila merawat penyakit pada warga emas:
- Mungkin menerima manfaat yang lebih daripada orang muda menerusi rawatan yang lebih invasif
- Mungkin mendapat manfaat kurang daripada orang yang lebih muda
- Mungkin kurang bertindak balas terhadap rawatan serta-merta
- Jangka hayat serta risiko dan faedah mestilah dipertimbangkan dalam membuat keputusan. Contohnya, keutamaan untuk mengawal tekanan darah tinggi bagi warga emas berusia 95 tahun yang lemah dan mudah terjatuh
- Mungkin mempunyai lebih banyak kesan sampingan kepada rawatan. Dalam penjagaan koronari, β blocker, aspirin, Angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE-i), Percutaneous Coronary Intervention, dan heparin mungkin mempunyai kesan yang baik dan memberikan kualiti hidup yang lebih kepada pesakit warga emas. Namun kesan sampingan boleh menjadi signifikan kepada warga emas (bradikardia, hipotensi, kerosakan buah pinggang, dan pendarahan) walaupun faedah terhadap masalah koronari sangat bagus.