Lesson 1, Topic 1
In Progress

Mengesan Penderaan dan Pengabaian Warga Emas di kalangan penghidap demensia

Prevalens penderaan sangat dipengaruhi oleh ketidakupayaan ramai penghidap demensia warga emas yang mengalami penderaan untuk mengingati dan melaporkan tindakan tersebut.

Perasaan takut dan malu turut menyebabkan mereka tidak mahu melaporkan penderaan yang dialami mereka.

Terdapat julat yang luas berkaitan prevelans penghidap demensia yang mengalami penderaan dan pengabaian disebabkan oleh perbezaan populasi kajian dan kaedah yang digunakan untuk mengukur penderaan.  (Cooper et al. 2008a; Dong 2015).

Kebiasannya professional kesihatan berjaya mengesan kes penderaan dan pengabaian dengan bertanya secara langsung dan peka terhadap tanda-tanda penderaan seperti ketakutan, kekurangan keperluan asas dan lebam-lebam yang tidak dapat dijelaskan.

Buat masa ini bukti kajian adalah terhad bagi penghidap demensia di kalangan warga emas yang melaporkan penderaan sekiranya ditanya oleh professional kesihatan.

Kajian juga telah mencadangkan agar pertanyaan secara rutin kepada penjaga dan penghidap demensia berkaitan penderaan namun ini bukanlah sesuatu yang kerap dilakukan di dalam persekitaran klinikal.  (Cooper et al. 2009a)