Lesson 1, Topic 1
In Progress

Membendung penderaan dan pengabaian warga emas

Bagi melindungi warga emas daripada penderaan atau pengabaian sama ada dengan sengaja atau tidak, beberapa tindakan pada pelbagai peringkat perlu dilaksanakan:

  • Memberi kesedaran melalui latihan dan pemekaan tentang isu penderaan warga emas untuk kakitangan kesihatan dan penjaga.
  • Membentuk garis panduan untuk mengesan dan menguruskan kes-kes penderaan warga emas.
  • Menyediakan peruntukan undang-undang khusus untuk warga emas seperti Akta Warga Emas
  • Mewujudkan kesedaran tentang hak dan penderaan warga emas di kalangan masyarakat dan warga emas sendiri.
  • Mengukuhkan kerjasama antara agensi dengan menyediakan tempat mesra warga emas untuk rekreasi, kerja dan aktiviti sosial serta menggalakkan penglibatan komuniti.
  • Membangunkan program penjagaan yang lebih mesra-penjaga melalui perkongsian antara awam dan swasta.