Lesson 1, Topic 1
In Progress
Masalah kesihatan biasa yang berkaitan dengan penuaan
- Semakin meningkat umur, risiko mendapat penyakit kronik bertambah.
- Penyakit jantung, strok, kanser, dan diabetes adalah penyebab utama kematian warga emas.
- Selain itu, sindrom geriatrik seperti kelemahan (frailty), jatuh, inkontinen, dan ulser tekanan semakin kerap berlaku.
- Perubahan kognitif juga wujud – ada yang normal seperti ingatan jangka pendek berkurang, namun masalah seperti demensia, kemurungan dan kebimbangan memberi cabaran besar kepada warga emas dan penjaga mereka.
Masalah Kesihatan Fizikal
- Beberapa perubahan fizikal dan masalah kesihatan adalah lebih tipikal seiring peningkatan usia. Ramai warga emas yang aktif dan sihat. Namun sebahagian yang lain adalah lemah, dengan pelbagai masalah kesihatan.
- Apabila seseorang meningkat usia, mereka lebih berkemungkinan mengalami beberapa keadaan pada masa yang sama.
- Usia yang lebih tua juga dicirikan oleh kemunculan beberapa keadaan kesihatan yang kompleks yang biasanya dipanggil sindrom geriatrik. Selalunya ia adalah akibat daripada pelbagai faktor asas dan termasuk kelemahan (frailty), inkontinen kencing, jatuh dan ulser tekanan. Masalah kesihatan yang kerap termasuklah kehilangan pendengaran, katarak dan masalah mata, sakit belakang dan leher serta osteoarthritis, penyakit pulmonari obstruktif kronik, diabetes.
- Dianggarkan 92% warga emas mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyakit kronik, dan 77% mempunyai dua atau lebih.
- 4 penyakit kronik utama — penyakit jantung, kanser, strok dan diabetes — menyebabkan hampir 2/3 daripada semua kematian dalam kalangan individu berumur 65 tahun ke atas setiap tahun.
- 25% warga emas berumur 65–74 dan 50% berumur 75 tahun ke atas mengalami masalah pendengaran.
- Perubahan visual mengakibatkan masalah seperti kesukaran membaca tulisan kecil dan dalam cahaya malap, serta kesukaran memandu pada waktu malam.
- Peratusan warga emas yang memerlukan bantuan dengan aktiviti harian meningkat dengan usia.
- Kurang daripada 20% warga emas yang berumur antara 65 dan 74 tahun memerlukan bantuan dengan aktiviti kehidupan harian. Setelah berusia 85 tahun, 40% lelaki dan 53% wanita memerlukan bantuan seperti makan atau mandi.

Kesihatan Kognitif dan Mental
- Beberapa perubahan kognitif adalah normal dengan usia, seperti tindak balas yang lebih perlahan dan penyusutan kebolehan menyelesaikan masalah.
- Kepantasan maklumat dicatatkan, disimpan dan mendapatkan kembali maklumat juga semakin perlahan seiring dengan peningkatan usia.
- Bagi kebanyakan warga emas, perubahan yang berkaitan dengan usia dari sudut pemikiran adalah ringan dan tidak mengganggu fungsi harian dengan ketara.
- Warga emas mampu mempelajari kemahiran baharu meskipun pembelajaran mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding mereka yang lebih muda.
- Ingatan jangka pendek menunjukkan perubahan yang lebih ketara dengan usia, berbanding ingatan jangka panjang.
- Kebijaksanaan dan kreativiti selalunya berterusan hingga ke akhir hayat.
- Ciri-ciri personaliti kekal dan agak stabil dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, orang yang peramah semasa muda berkemungkinan besar menjadi seorang yang peramah di hari tuanya.
- Namun begitu, satu daripada empat warga emas mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, skizofrenia atau demensia.
- Kadar bunuh diri bagi lelaki berusia lebih 85 tahun adalah lebih tinggi daripada kumpulan umur yang lain.
- Bilangan warga emas yang mempunyai masalah penyalahgunaan bahan dijangka meningkat.
- Demensia bukanlah sebahagian dari proses penuaan yang normal. Kira-kira 5% daripada individu berusia 71–79 tahun dan 37% daripada populasi berusia lebih 90 tahun terjejas dengan masalah demensia.
