Intervensi pengurusan penderaan dan pengabaian warga emas yang menghidap demensia
Kebanyakan tingkah laku penderaan berlaku apabila kualiti penjagaan kurang baik dan apabila penjaga atau keluarga tidak mempunyai strategi untuk menguruskan situasi yang sukar.
Penderaan kadangkala, tetapi jarang sekali, sadis.
Pengurusan kes penderaan yang lebih serius, termasuk eksploitasi kewangan, keganasan fizikal, dan kadangkala pembunuhan perlu melibatkan sistem keadilan jenayah.
Mengenalpasti dan melaporkan tingkah laku penderaan adalah langkah pertama yang penting untuk mengurangkannya.
Bagi menjayakan intervensi dalam mengurangkan risiko penderaan dan pengabaian warga emas, kaedah mengukur penderaan haruslah dibangunkan terlebih dahulu namun ianya turut melibatkan isu etika.
Menurut laporan Cochrane, hanya satu kajian yang berusaha mengurangkan penderaan pesakit demensia warga emas dengan menangani faktor risiko. Namun kajian ini gagal membuktikan intervensi mengurangkan kebimbangan dan kemurungan penjaga boleh mengurangkan perlakuan penderaan.
Lebih kajian diperlukan dalam mewujudkan intervensi yang bersesuaian dengan populasi setempat.
Keupayaan penghidap demensia untuk memutuskan sama ada untuk menerima bantuan atau tidak perlu dianalisis dengan teliti:
- Jika pesakit demensia yang mempunyai kapasiti untuk membuat keputusan ingin meneruskan situasi atau hubungan dengan pelaku, profesional kesihatan harus mempertimbangkan dengan sewajarnya cara mengurangkan risiko.
- In termasuklah pemeriksaan secara berkala, berbincang tentang cara untuk berhadapan dengan pelaku dan menggariskan proses yang jelas untuk mendapatkan pertolongan.Â
- Keputusan untuk menolak bantuan juga perlu diperhalusi memandangkan ianya boleh dibuat di bawah tekanan.Â
Oleh kerana pengurusan penderaan warga emas dalam pesakit demensia adalah rumit, usaha untuk menangani masalah itu mesti mengambil kira pelbagai aspek.
Rawatan perubatan terhadap penderaan warga emas mesti mementingkan aspek keselamatan mangsa penderaan. [17,52].
Kemasukan ke hospital mungkin sesuai untuk merawat kecederaan yang dialami akibat penderaan fizikal atau pengabaian [17].
Matlamat penjagaan perubatan haruslah meliputi intervensi bagi memastikan kebebasan pesakit [27] dan rawatan tingkah laku agresif pesakit jika ada [22] untuk meminimumkan faktor risiko untuk penderaan berulang.