Lesson 1, Topic 1
In Progress
Faktor Penderaan dan Pengabaian Warga Emas
Risiko Penderaan dan Pengabaian Warga Emas
Umur itu sendiri adalah faktor risiko. Sikap negatif terhadap penuaan dan orang tua serta faktor usia dalam kalangan ahli komuniti meningkatkan lagi risiko penderaan dan pengabaian di kalangan warga emas.
Penderaan mungkin berlaku akibat ketidakupayaan untuk mengatasi masalah, kekecewaan, kekurangan ilmu atau kecuaian (WHO, 2002)
Faktor –faktor boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu faktor berkaitan warga emas sendiri dan faktor pendera.
FAKTOR WARGA EMAS
Keadaan berikut boleh meningkatkan risiko warga emas untuk didera dan diabaikan. Lebih banyak bilangan faktor ini, lebih besar risiko penyalahgunaan:
- Kebergantungan fizikal (tahap pergantungan yang tinggi) (Jang dan Park 2012)
- Kemerosotan kognitif atau Gangguan daya ingatan (penyakit mental atau demensia)
- Kesihatan fizikal yang lemah
- Kesihatan mental yang lemah
- Pengasingan
- Wanita (Sooryanarayana, Choo et al. 22 Julai 2013)
- Pendapatan atau tahap kekayaan yang rendah
- Kurang celik huruf dan kesedaran hak yang rendah
- Masalah di dalam komunikasi seperti warga emas yang banyak bercakap hingga menyebabkan tekanan kepada penjaga.
- Kelakuan degil dan agresif disebabkan oleh penyakit degeneratif seperti Alzheimer.
- Rasa curiga dan enggan dibantu disebabkan tidak mahu menyusahkan penjaga.
FAKTOR PENDERA
Keadaan berikut boleh meningkatkan risiko seseorang untuk menjadi pendera warga emas:
- Tiada pilihan selain terpaksa menjaga warga emas.
- Beban sebagai pengasuh
- Tekanan menjadi pengasuh
- Tiada sokongan dari ahli keluarga yang lain dalam membantu menguruskan aktiviti kehidupan harian warga emas tersebut.
- Ketagihan alkohol dan dadah
- Sejarah tingkah laku agresif
- Penyakit psikiatri atau masalah psikologi
- Masalah perhubungan seperti tiada harmoni dalam keluarga, dinamik yang lemah atau konflik dalam perhubungan
- Masalah kewangan penjaga, bebanan kewangan untuk menjaga dan menampung keperluan warga emas.
- Sejarah lalu pengalaman penderaan atau penderaan zaman kanak-kanak
- Pengalaman lampau yang negatif semasa bersama warga emas
- Kurang pengetahuan dan kemahiran menjaga warga emas yang akhirnya meningkatkan tekanan perasaan dalam kalangan pendera
- Pendera yang mempunyai pengalaman didera semasa kecil
RISIKO DALAM PERSEKITARAN
Faktor risiko dalam persekitaran termasuk yang berikut:
- Sokongan sosial yang rendah membawa kepada pengasingan sosial (Johannesen dan LoGiudice 2013)
- Sokongan keluarga yang lemah (Jang dan Park 2012)
- Tinggal bersama orang lain (Johannesen dan LoGiudice 2013)
- Keluarga yang agresif
- Kemiskinan
- Kurang dihormati oleh generasi muda
- Perbezaan antara struktur keluarga tradisional dan baru
- Penstrukturan semula rangkaian sokongan asas untuk warga emas
- Penghijrahan generasi muda untuk pekerjaan atau kehidupan baru meninggalkan ibu bapa yang sudah tua