Lesson 1, Topic 1
In Progress

Diagnosis penderaan dan pengabaian warga emas di kalangan pesakit demensia

Mengenalpasti penderaan warga emas boleh menjadi sukar di kalangan penghidap demensia

Bagi pesakit demensia, cabaran membuat diagnosis boleh menjadi lebih sukar disebabkan ketidakupayaan warga emas untuk mengenali dan melaporkan tingkah laku penderaan. 

Teknik menemu bual pesakit dan suspek pendera secara berasingan untuk mencari perbezaan adalah sukar disebabkan oleh kecacatan kognitif dan ingatan pesakit demensia.

Oleh itu, maklumat sokongan yang dibekalkan oleh sumber selain daripada penjaga dan dikumpulkan semasa lawatan ke rumah boleh membantu dalam membuat diagnosis [21,53].

Pendekatan tidak menghakimi pelaku dan memahami beban penjaga boleh membantu mendapatkan lebih banyak maklumat berbanding kaedah konfrontasi.

Tanda amaran mungkin berlakunya penderaan warga emas di kalangan pesakit demensia yang memerlukan penilaian lanjut.

Sejarah perubahan tingkah laku

  • tingkah laku agresif
  • mutisme elektif
  • enggan mengambil ubat
  • menyisihkan diri
  • Pseudoseizure
  • Mengelakkan eye contact
  • Perubahan selera makan
  • Perubahan corak tidur  [54].

Sejarah perubatan

  • kemasukan kerap ke beberapa hospital
  • pembedahan akibat trauma
  • temujanji perubatan yang tidak teratur [20]. [17].