Cabaran dalam bertindak balas terhadap penuaan penduduk
Peningkatan populasi warga emas memberi cabaran besar kepada sistem kesihatan, kebajikan, dan ekonomi negara.
Stereotaip bahawa warga emas adalah lemah atau membebankan perlu diubah.
Urbanisasi, migrasi, teknologi, dan globalisasi turut mempengaruhi kehidupan warga emas.
Polisi dan dasar perlu bersifat inklusif dan menyokong agar warga emas dapat menua dengan sihat.
Tidak ada warga emas yang tipikal.
Terdapat warga emas berumur 80 tahun yang mempunyai kapasiti fizikal dan mental yang serupa dengan kebanyakan orang berumur 30 tahun.
Namun sebahagian yang lain pula mengalami penurunan ketara dalam kapasiti pada usia yang jauh lebih muda.
Warga emas sering dianggap lemah atau bergantung dan membebankan masyarakat.
Masyarakat terutama professional kesihatan perlu menangani sikap ini dan sikap negatif terhadap penuaan yang lain yang boleh membawa kepada:
diskriminasi
pengaruh negatif cara dasar dibangunkan
mengurangkan peluang warga emas menjalani penuaan yang sihat
Kehidupan warga emas boleh dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung oleh:
sistem komunikasi
perkembangan teknologi
urbanisasi
migrasi
globalisasi
Mengekalkan tingkah laku yang sihat sepanjang hayat akan menyumbang kepada mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, meningkatkan kapasiti fizikal dan mental serta melengahkan pergantungan penjagaan diri. Ini termasuklah: