Lesson 1, Topic 1
In Progress

Kesan Penderaan dan Pengabaian Warga Emas

Penderaan merupakan masalah kesihatan awam sama seperti kesihatan, sosial dan kewangan yang memberi impak yang besar terhadap sistem kesihatan dan kebajikan.

Warga emas menerima kesan serius daripada penderaan dan pengabaian memandangkan mereka (WHO, 2002):

  • secara fizikal lebih lemah dan lebih terdedah kepada bahaya berbanding orang yang lebih muda
  • tulang lebih rapuh dan pemulihan mengambil masa yang lebih lama
  • kecederaan ringan boleh menyebabkan kemudaratan serius dan kerosakan kekal
  • bertahan dengan pendapatan yang terhad, jadi kehilangan walaupun sejumlah kecil wang boleh memberi kesan yang ketara
  • mungkin terasing, sunyi atau diganggu dengan skim penipuan
  • penyakit kebanyakannya kurang atau tidak dilaporkan

Penderaan yang dihadapi oleh warga emas akan membawa kepada kesan-kesan negatif:

  • kadar kematian pramatang yang lebih tinggi
  • peningkatan penggunaan Jabatan Kecemasan
  • tinggal lebih lama di hospital
  • lebih berkemungkinan ditempatkan di institusi penjagaan selepas keluar hospital
  • penurunan kesihatan fizikal
  • masalah pencernaan
  • Kesihatan mental
    • Kemurungan
    • Meningkatkan kebimbangan
    • Stres
    • Pemikiran bunuh diri

Terdapat pelbagai lagi akibat negatif yang lain, namun lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan kesan tersebut kepada mangsa penderaan dan pengabaian warga emas ini.

Cabaran yang dihadapi oleh warga emas yang mengalami penderaan

  • Dalam kebanyakan kes, pelaku adalah penjaga warga emas.
  • Warga emas yang mengalami penderaan berada dalam situasi yang sukar untuk melaporkan atau mendedahkan penderaan kerana risaukan penjaga mereka.
  • Mereka juga kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan.
  • Kadangkala, warga emas mengalami kesukaran untuk menerangkan bagaimana pengalaman didera itu mempengaruhi kehidupan mereka.