Lesson 1, Topic 1
In Progress

Jenis-jenis Penderaan dan Pengabaian Warga Emas

Penderaan warga emas boleh berlaku dalam beberapa bentuk, selalunya dengan lebih daripada satu jenis penderaan berlaku serentak.

Terdapat 5 jenis penderaan warga emas:

  1. Penderaan fizikal
  2. Penderaan psikologi/emosi
  3. Eksploitasi kewangan/material
  4. Penderaan seksual.
  5. Pengabaian

PENDERAAN FIZIKAL

Penderaan fizikal ditakrifkan sebagai serangan fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan anggota badan, kesakitan, atau kecacatan fizikal.

Penderaan fizikal boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. perbuatan keganasan:
  2. menghentak (dengan atau tanpa objek)
  3. memukul
  4. menolak
  5. menampar
  6. menendang
  7. mencubit
  8. membakar
  9. penggunaan ubat yang tidak wajar
  10. sekatan fizikal
  11. menyuap makanan secara paksaan
  12. hukuman fizikal dalam apa jua bentuk

PENDERAAN SEKSUAL

Penderaan seksual ditakrifkan sebagai hubungan seks tanpa rela dalam apa jua bentuk dengan warga emas atau hubungan seks dengan warga emas yang tidak berupaya untuk memberikan persetujuan.

Ia termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  1. sentuhan yang tidak diingini
  2. semua jenis serangan seksual seperti rogol, liwat
  3. dipaksa bogel
  4. dipaksa mengambil gambar lucah

EKSPLOITASI DAN PENYELEWENGAN KEWANGAN

Eksploitasi kewangan atau harta benda ditakrifkan sebagai penggunaan dana, harta, atau aset warga emas yang menyalahi undang-undang atau secara tidak wajar.

Contoh termasuk, tetapi tidak terhad kepada,

  1. menunaikan cek warga emas tanpa kebenaran
  2. memalsukan tandatangan warga emas; menyalahgunakan atau mencuri wang atau harta benda warga emas
  3. memaksa atau menipu warga emas untuk menandatangani apa-apa dokumen (contohnya, kontrak atau akaun)
  4. penggunaan surat kuasa wakil yang tidak wajar

PENDERAAN PSIKOLOGIKAL ATAU EMOSI

Penderaan emosi atau psikologi ditakrifkan sebagai sebarang tindakan yang menyebabkan kesedihan, sakit hati, atau kesengsaraan kepada warga emas.

Penderaan emosi atau psikologi termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. memaki hamun
  2. memarahi
  3. mengejek
  4. menghina
  5. mengugut dan tidak menghormati warga emas
  6. menafikan peluang dan hak mereka untuk berjumpa atau bergaul dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau orang lain
  7. tidak membenarkan mereka mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sosial

 PENGABAIAN

Pengabaian ditakrifkan sebagai keengganan atau kegagalan untuk memenuhi mana-mana bahagian tanggungjawab atau kewajipan seseorang penjaga terhadap warga emas.

Pengabaian biasanya bermakna keengganan atau kegagalan untuk menyediakan warga emas dengan keperluan hidup asas seperti:

  1. makanan
  2. air
  3. pakaian
  4. tempat tinggal
  5. kebersihan diri
  6. perubatan
  7. keselesaan
  8. keselamatan peribadi
  9. dan lain-lain keperluan

Bagi warga emas yang tinggal di institusi seperti rumah atau pusat harian penjagaan warga emas, pengabaian juga termasuklah:

  1. kegagalan seseorang yang diamanahkan atau bertanggungjawab (seperti anak atau saudara mara) menyediakan keperluan penjagaan warga emas (contohnya, tidak membayar perkhidmatan penjagaan atau tidak melawat warga emas di rumah atau institusi penjagaan warga emas) atau
  2. kegagalan pihak pembekal perkhidmatan menyediakan penjagaan yang berkualiti.