Lesson 1, Topic 1
In Progress
Faktor yang mempengaruhi penuaan yang sihat
- Penuaan yang sihat membolehkan warga emas kekal aktif, bebas, dan menyumbang kepada masyarakat.
- Faktor penting termasuk genetik, jantina, status sosioekonomi, persekitaran fizikal, dan sokongan sosial.
- Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang konsisten, dan mengelakkan tabiat berbahaya seperti merokok membantu melambatkan kemerosotan kesihatan.
- Kehidupan yang lebih lama membawa peluang, bukan sahaja untuk warga emas dan keluarga, tetapi juga untuk masyarakat secara keseluruhan.
- Peningkatan usia memberi peluang untuk meneruskan aktiviti baharu seperti melanjutkan pelajaran, kerjaya baharu atau minat yang telah lama diabaikan.
- Warga emas menyumbang dalam pelbagai bentuk kepada keluarga dan komuniti mereka. Namun faktor paling penting iaitu tahap kesihatan warga emas akan menentukan sejauh mana peluang dan sumbangan dapat diberikan.
- Keupayaan warga emas untuk melakukan perkara yang mereka minati adalah tinggi, jika warga emas dapat sihat hidup dalam persekitaran yang menyokong mereka.
- Ini berbeza sekiranya peningkatan usia seiring dengan kemerosotan dalam kapasiti fizikal dan mental, implikasi kepada warga emas dan masyarakat adalah lebih mendukacitakan.
- Proses penuaan yang sihat boleh dipengaruhi oleh:
- faktor genetik
- ciri peribadi seperti jantina, etnik dan status sosioekonomik
- persekitaran fizikal dan hubungan sosial – termasuklah keadaan rumah, kawasan kejiranan dan komuniti
- Kajian turut menunjukkan keadaan semasa janin berkembang dan persekitaran yang didiami semasa kanak-kanak serta interaksi dengan ciri-ciri peribadi akan mempunyai kesan jangka panjang ke atas umur seseorang.
- Persekitaran fizikal dan hubungan sosial boleh menjejaskan kesihatan secara langsung atau melalui halangan mahupun insentif yang mempengaruhi peluang, keputusan dan tingkah laku kesihatan.
Penuaan yang Berjaya versus yang Tidak Berjaya
- Bagaimanakah kejayaan dalam proses penuaan boleh ditakrifkan?
- Takrifan adalah mengikut keutamaan individu dan sensitiviti budaya, namun takrifan berikut mampu memberi gambaran tentang penuaan yang berjaya:
- Penuaan yang berjaya:
- Tanpa penyakit yang jelas dengan fungsi fizikal dan kognitif yang baik.
- Tahap kebebasan yang tinggi, dan penglibatan aktif dengan masyarakat yang lebih luas.
- Biasanya berakhir dengan kematian yang aman tanpa fasa kematian yang berpanjangan.
- Penuaan yang tidak berjaya:
- Mempunyai penyakit yang membawa kepada kelemahan.
- Pengurangan tahap kapasiti dan tahap pergantungan yang tinggi.
- Menyisihkan diri dari aktiviti sosial dan masyarakat.
- Mengalami fasa kematian yang lebih berpanjangan dengan kualiti hidup yang tidak boleh diterima.