Lesson 1, Topic 1
In Progress
Apakah itu usia tua?
• Di Malaysia, warga emas ditakrifkan sebagai individu berusia 60 tahun ke atas.
• Kadar jangka hayat semakin meningkat dan bilangan warga emas dijangka meningkat kepada 22% pada tahun 2050.
• Perubahan ini berlaku hasil daripada kadar kematian bayi yang rendah, penurunan kesuburan, serta kemajuan rawatan kesihatan.
• Kadar jangka hayat semakin meningkat dan bilangan warga emas dijangka meningkat kepada 22% pada tahun 2050.
• Perubahan ini berlaku hasil daripada kadar kematian bayi yang rendah, penurunan kesuburan, serta kemajuan rawatan kesihatan.
- Di Malaysia, warga emas didefinisikan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
- Ini berdasarkan definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2002). Klasifikasi umur berbeza di setiap negara dan dari semasa ke semasa.
- Bilangan penduduk warga emas semakin meningkat pesat di Malaysia.
- Pada tahun 2000, hanya 6% penduduk Malaysia yang dikategorikan sebagai warga emas tetapi kadarnya meningkat kepada 11% pada tahun 2020 dan 22% pada tahun 2050.
- Kadar jangka hayat telah meningkat daripada 63.1 kepada 71.9 tahun bagi lelaki, dan daripada 66 kepada 76.6 untuk wanita, dari 1966 hingga 2010.
- Jangka hayat bagi lelaki diunjurkan di Malaysia ialah 78 tahun dan 83 tahun bagi wanita pada 2040.
- Antara 2010 dan 2040, rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas diunjurkan meningkat lebih tiga kali ganda daripada populasi 2010.
Faktor peningkatan populasi warga emas
Peningkatan populasi warga emas disebabkan oleh banyak faktor termasuklah:
- Kadar kematian bayi berkurangan
- Peningkatan jangka hayat
- Kadar kesuburan yang lebih rendah (UNFPA 2012)
- Penjagaan perubatan yang lebih baik yang membawa kepada kehidupan yang lebih sejahtera
Rajah 1: Populasi manusia di dunia pada tahun 2020 dan 2050. Sumber: United Nation, DESA, Population Division
Rajah 2: Tren jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia dari tahun 1991 – 2023. Sumber: Department of Statistics Malaysia
Kesan sosial penduduk yang semakin tua
-
Kesan peralihan demografi terhadap sikap dan ekonomi masyarakat adalah besar. Contohnya:
- Pembiayaan pencen dan perkhidmatan kesihatan
- Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kehilangan upaya: tahap ketidakupayaan meningkat seiring dengan usia
- Ahli keluarga lebih cenderung untuk menyara ahli yang lebih tua
- Keperluan dan kehendak warga emas menjadi pasaran yang semakin berkembang oleh industri
- Pengangkutan, perumahan dan infrastruktur mesti dibina atau disesuaikan dengan warga emas
- Kuasa politik warga emas yang berkembang
- Peralihan demografi akan memberikan cabaran besar kepada mana-mana negara terutamanya negara membangun seperti Malaysia dan terdapat keperluan untuk melihat ke dalam sistem kebajikan, pencen dan penjagaan kesihatan tempatan.