Lesson 1, Topic 1
In Progress
Demensia
Demensia adalah keadaan di mana wujudnya gangguan otak yang mengakibatkan kebolehan kognitif seseorang mengalami penurunan berbanding beberapa bulan atau tahun sebelumnya.
Seseorang yang mengalami demensia akan mengalami kesukaran dengan beberapa jenis kebolehan kognitif terutamanya dengan fungsi ingatan.
Fungsi kognitif lain yang terjejas ialah bahasa, perhatian, orientasi, pertimbangan, dan perancangan.
Terdapat beberapa etiologi untuk demensia termasuklah degeneratif, vaskular, penyakit berjangkit, neoplastik, traumatik, toksik, metabolik, atau gangguan psikiatri [1].
Penyakit Alzheimer adalah jenis yang paling lazim demensia, menyumbang kira-kira 50% daripada demensia progresif